Monday, June 15, 2009

Return From The Durian Valley - The Amazing Treasure Hunting Quest

Sekarang isu H1N1 memang sangat hangat diperkatakan. yerlah WHO dah pun mengisytiharkan Pandemik ke atas virus yang berasal dari ba alif ba ya (tau jawi tak? ala binatang yang colour pink2 macam pink panther tu) tu. Tidak dilupakan juga malaysia bakal hangat akibat el-nino yang dijangkakan bakal melanda negara kita. tambahan pula, di negara jiran kita pula giat melakukan pembakaran yang bakal menghangat dan menjerebukan negara kita ini. Tetapi... malangnya kedua-dua berita yang aku rasa cukup hangat ini masih belum cukup hangat apabila tiba nya musim yang dinanti-nantikan oleh rakyat malaysia. hahahaha tengok tajuk pun dah kau orang boleh agak kan. semestinya isu musim durian. serius. aku yakin tak kira apa bangsa pun baik cina melayu mahupun india, selagi nama nya rakyat malaysia, musim durian adalah musim buah yang dinantikan ketibaannya. Tapi tak di nafikan ada juga yang tak berapa nak gemar bila musim ini tiba. tidak apa kau orang still malaysian. Ya, sehubungan itu, aku baru saja pulang dari pengembaraan mencri harta karun dari Lembah yang PALING keramat di USM. Sebagai Student USM, Durian Valley memang cukup terkenal di kalangan warga USM baik setinggi pangkat VC tuh sampai lah ke makcik2 cleaner, pak guard2, even tukang buat air sirap kat padang belah stor sukan tuh. bila musim durian tiba maka berebut2 lah seluruh warga USM untuk meneroka Durian Valley tuh. Rekod, ada yang bawa khemah camping sekalipun ada. maka malam tepat jam 10.30 ketika sedang aku cuba memujuk si kekasih hati, Nangeloto, menalifon aku.

"dok makan durian dok"

"pejadahnya, mane nak korek.."

"dok durian valley lah, jomlah"

"ko tau ker tempat nyer?"

"diorag kata kat tempat burung-burung tuh dok"

"owh aku pernah gi situ. x nah nampak pon pokok durian nyer"

"ade dok, semalam byk org dapt"

"ha yerlah aku datang jap gi"

aku dengan kepalangnya terus mencapai kunci motor, seluar dan helmet, terus memecut laju menuju hilton. setelah memaki Nangeloto yang masih mengahadap mukabuku, kami terus menuju ke Lembah Keramat itu.

(sang pelahap durian dan sang 'tgk durian terus bernafsu')

Sesampai kita orang di Lembah Keramat itu, sudah ada dua tiga brader-brader penunggu 'rezeki dari langit' yang profesional telah pun berada di situ sambil menunggu dengan setia. kami penunggu amatur ini hanya berdiri di tepi. yerlah torchlight pun tak bawak ade hati nak cari buah keramat itu. jadi kami hanya bertindak sebagai peneman a.k.a. penyibuk di situ.

(sejam pertama)

(dua jam selepas kami sampai, aku saja tambah flare effect kasik korang jeles)

serius dalam masa dua jam kami dah berjaya mengumpul 12 harta karun yang sangat2 bernilai ini. setelah di 'bedak'(bahasa matematiknya = bahagi) sama rata dan saksama oleh brader 'super cekap' (serius brader nih sekali suluh jer dah nampak buah tuh lepak mane), aku dan Nangeloto dapat 3 biji. jadi lah. nikmat yang aku tak kan lupakan bila dengar rezeki tuh turun dari langit. perghh!!. Tanpa membuang masa, aku dan Nangeloto terus memecut balik dan dengan pelahapnya kitorng menghabiskan 3 biji durian itu.

info pengembaraan:

1) aku dan Nangeloto, di anugerahkan org yang paling cerah mata kerana mampu berharapan mencari durian di tengah malam tanpa membawa sebarang torchlight

2) kitorang dapat lebih sebab muka x malu aku. Kalau tak mengikut nafsu, kami hanya mampu membawa pulang dua biji durian sahaja

3) Nangeloto paling semangat, aku lagilah bersemangat, Paliey 2 kali lagi semangat sebab mampu bangkit dari tidor demi tidak sanggup bermimpi ngeri akibat jealous apabila mendengar dan membau sendawa rumate yang berbau durian.

4) aku bakal kena marah dengan boss sebab tak edit peta tak habis. pagi isnin dah nak kena hantar....

7 comments:

Basuh Baju said...

ini yg rasa nak makan durian dan minum air durian ni..haha

sang kamen said...

hahaha... jangan rasa.. sebat terus beb... musim ade 2 minggu jer lagi

aidaNadia said...

aduhai aduhai.. yumm yumm... aku balik keje je nampak orang jual durian berbakul2 depan stesen lrt datok keramat tu.. sungguh mengganggu gugat keutuhan iman.. ahaaha~

sang kamen said...

hahahaha disebabkan ade nyer Lembah Keramat nih aku makan durian hari2 dok

Haf said...

sang 'tgk durian terus bernafsu

xle blah dol stetmen ko,hahahaha!!!

Syahidah said...

sudah-sudahlah cerita tentang durian..update..update!

muffakiratul mukminah said...

wah wah wah
semakin menjadi dengan durian ye...
jangan termakan kulit2 nye sekali sudah...
tak pasal2 kak ira g jenguk arip kat umah lak
hua3

p/s: busy ke? rajin2 ler update...