Thursday, June 4, 2009

Aku, Wayang dan dot dot dot

Sekali lagi aku rasa telah memungkiri janji aku pada blog aku ini. Hahaha bukan sengaja untuk aku biar kan blog ini sepi. Cuma diri aku ini lebih cenderung dalam menyibuk di blog-blog lain. Ya di dunia realiti juga aku sibuk dengan aktiviti-aktiviti sampling dan juga research. Maklum lah aku kan sekarang sudah bergelar RA. Maka aktiviti-aktiviti yang menyibukkan ini tidak dapat lah aku elakkan.

Minggu lepas aku pergi menonton 2 buah filem yang sememangnya aku nantikan dari awal tahun ini. Terminator:Salvation dan Angels and Demons. Kenapa Terminator? Hahahaha untuk menjawab soalan ini, mari kita imbas kembali zaman kecil kita dahulu. Korang perasan tak kenapa budak lelaki semasa kecil permainannya akan berkisar tentang jentera, robot, superhero, dan sukan. Budak perempuan pula main masak-masak, teddy bear, anak patung, dan patung kertas yang boleh tukar-tukar pakaian (tak senonoh kan). Jadi kerana aku lelaki dan aku minat pada robot-robot, dan jentera-jentera. Dan oleh kerana visual effect didalam Terminator:Salvation ini tersangat lah gempak, maka filem ini teramat lah kacip bagi aku.

Kenapa Angels and Demons? Aku bukanlah seorang rakyat malaysia yang akan sanggup ke panggung wayang semata-mata untuk ketawa tak ingat dunia dan kemudian balaik ke rumah tanpa mengingat apa-apa tentang yang telah aku tonton. Aku suka pada filem-filem seperti The Godfather, Legend of The Fall, American Gangster, Blood Diamond, The da vinci Code, Catch Me If U Can, Forest Gump, I Am Sam, A Beatiful Mind dan filem-filem yang sewaktu dengannya. Filem-filem ini memang bagi orang yang mampu menonton filem-filem yang watak-wataknya berloghat penang, kemudian ade macam unsur-unsur hindustan sikit, teramat bosan pada mereka. Sebab filem-filem yang layak ke oscar ini adalah cerita yang bernas, dan mempunyai moral. Sebagai penonton, kita akan di kerah untuk berfikir dari permulaan filem sehingga lah filem itu sudah pun tamat 3 jam yang lepas.

Filem-filem seperti ini bukan tidak ada di Malaysia, cuma ada sedikit kekurangan. Antaranya, plot yang tidak cukup kuat, penelitian yang lemah, dan berlaku kelambakkan producer-producer yang kaki kaut untung. Jadi macam mana hendak aku perkuat kan diri untuk membazir pada filem-filem tanah air kita. Tengoklah macam mana nanti. Ramai orang cakap kalau tidak puas hati, buatlah filem sendiri. Ya aku akan buat tengoklah. Serius aku tak main-main.

2 comments:

Basuh Baju said...

tgk citer lama2 ala2 3jam baru berbaloi..haha

kamen55 said...

stakat nih mane ade filem malaysia lebih dari 2 jam