Tuesday, May 12, 2009

husnul zan

hahahaha(tak tau nak cakap ape so sebab itulah aku gelak)

jadi 3 hari aku dah tak update blog nih. bukan x nak update tapi kekangan dari segi masa dan kemudahan yang ada x mengizinkan aku untuk mengemaskinikan blog ini. semalam aku masuk kerja macam biasa cuma yang luar biasanya 2nd boss aku plak sakit. Oleh sebab itu, aku tercongok di depan pintu pejabat Dr. aka. big boss aku selam 2 jam sebab big boss aku memang kaki masuk lambat. aku x tau kenapa. jangan buat spekulasi tengok sket aku punya tajuk entri. husnul zan = bersangka baik. so sebab 2nd boss xde so keje aku bertambah sikit. sikit jer sebab selalu aku sempat layan anime gundam 4 episod tapi semalam satu episod jer.

then hari ni pun menjelma. big boss dah fly ke KL. 2nd boss masuk dengan x berapa nak sihat wajahnya. maka hari nih memang xde kejelah sebab big boss xde. aku dan 2nd boss just preparing for tomorrow sampling. so tengah2 bersiap-siap tuh aku terpotong wayar telefon yang aku sangkakan wayar lama yang tak digunapakai. then sebagai mat despatch yang di segani ramai, aku pun di tugaskan untuk membeli wayar telefon yang baru.

maka bergegas lah aku ke kedai hardware Taman AMNA di sungai dua. maka bermula lah kisah untuk entri aku kali ni. maka dihikayatkan semasa aku sedang berhenti di traffic light betul-betul depan USM, adalah seorang yang OKU statusnya memberhentikan motosikal OKU nya disebelah aku.

'kesian giler apek nih' getus hatiku. serius kalo korang tengok pun korang kesian dah la siap ada 2 roda tambahan kat belakang.
ha camni lah rupa motosikal tu

then secara tiba-tiba datang lah pulak sebuah scrambler yang di pandu oleh seorang mamat indon. aku tak tau mane mat indon tuh cekau duit beli scrambler. lampu isyarat masih menunjukkan merah tapi jalan di hadapan sangat lengang.

'serius mamat indon sebelah aku nih mesti langgar lampu merah nih. diorang nih bukan nya berapa betul sangat' aku membuat andaian.

tak semena-mena apek yang cacat sebelah aku nih yang memulas handle minyak nya dan memecut laju dan melanggar lampu isyarat merah tadi. aku tercengang, menganga. mamat indon tiba-tiba rasa hidungnya kembang bagai mendapat pujian.


3 comments:

Anonymous said...

hahaha!!! dont judge a book by its cover... nmpk je OKU... kuat rempit tu... cume x dpt koner baring je...

kamen55 said...

hahaha tau takpe....

Basuh Baju said...

setju!