(legolicious rasa tak sedap hati sebab nampak kawasan macam ade bangsa yang tak bertanggungjawab buang sampah di sini)
kamen raider malaysia
aku cuba nak jadik super hero... doakan aku boleh..
Wednesday, October 7, 2009
waterfall hunting
Friday, July 17, 2009
hujung minggu (1)
aku dan Fauzee Wong (muke nampak tenang sebab yus memandu dalam bandar)
pemandu kami Yus
aku dan Fauzee (muke tak tenang sebab Yus memandu di Highway, serius aku nampak jarum meter pusing dua kali....)
Fauzee Wong dengan gaya ala2 mandor estet getah Labu.
aku tak tahu sape lantik si Fauzee nih jadik mandor. (habis bergaya dah tu)
nampak macam normal tapi tidak
Chef Adam dengan Ayam2 nya
lagi sekali aku ingatkan nampak macam normal tetapi tidak
tengok aku dah cakap tak normal diorang nih
ayam2 yang menjadi santapan kami malam itu...
nampak macam x normal tapi tidak
celake diorang pakse aku duk kat tgh sebb nak kasik aku mati dulu..
nampak macam normal tapi tidak
kepuassan....
khairi kesangapan ayam.
muke masing2 macam sial kasi pressure itu chef supaya ayam cepat masak
pemandu
Monday, June 15, 2009
Return From The Durian Valley - The Amazing Treasure Hunting Quest
"dok makan durian dok"
"pejadahnya, mane nak korek.."
"dok durian valley lah, jomlah"
"ko tau ker tempat nyer?"
"diorag kata kat tempat burung-burung tuh dok"
"owh aku pernah gi situ. x nah nampak pon pokok durian nyer"
"ade dok, semalam byk org dapt"
"ha yerlah aku datang jap gi"
aku dengan kepalangnya terus mencapai kunci motor, seluar dan helmet, terus memecut laju menuju hilton. setelah memaki Nangeloto yang masih mengahadap mukabuku, kami terus menuju ke Lembah Keramat itu.
(dua jam selepas kami sampai, aku saja tambah flare effect kasik korang jeles)
serius dalam masa dua jam kami dah berjaya mengumpul 12 harta karun yang sangat2 bernilai ini. setelah di 'bedak'(bahasa matematiknya = bahagi) sama rata dan saksama oleh brader 'super cekap' (serius brader nih sekali suluh jer dah nampak buah tuh lepak mane), aku dan Nangeloto dapat 3 biji. jadi lah. nikmat yang aku tak kan lupakan bila dengar rezeki tuh turun dari langit. perghh!!. Tanpa membuang masa, aku dan Nangeloto terus memecut balik dan dengan pelahapnya kitorng menghabiskan 3 biji durian itu.
info pengembaraan:
1) aku dan Nangeloto, di anugerahkan org yang paling cerah mata kerana mampu berharapan mencari durian di tengah malam tanpa membawa sebarang torchlight
2) kitorang dapat lebih sebab muka x malu aku. Kalau tak mengikut nafsu, kami hanya mampu membawa pulang dua biji durian sahaja
3) Nangeloto paling semangat, aku lagilah bersemangat, Paliey 2 kali lagi semangat sebab mampu bangkit dari tidor demi tidak sanggup bermimpi ngeri akibat jealous apabila mendengar dan membau sendawa rumate yang berbau durian.
4) aku bakal kena marah dengan boss sebab tak edit peta tak habis. pagi isnin dah nak kena hantar....
Thursday, June 4, 2009
Aku, Wayang dan dot dot dot
Minggu lepas aku pergi menonton 2 buah filem yang sememangnya aku nantikan dari awal tahun ini. Terminator:Salvation dan Angels and Demons. Kenapa Terminator? Hahahaha untuk menjawab soalan ini, mari kita imbas kembali zaman kecil kita dahulu. Korang perasan tak kenapa budak lelaki semasa kecil permainannya akan berkisar tentang jentera, robot, superhero, dan sukan. Budak perempuan pula main masak-masak, teddy bear, anak patung, dan patung kertas yang boleh tukar-tukar pakaian (tak senonoh kan). Jadi kerana aku lelaki dan aku minat pada robot-robot, dan jentera-jentera. Dan oleh kerana visual effect didalam Terminator:Salvation ini tersangat lah gempak, maka filem ini teramat lah kacip bagi aku.
Kenapa Angels and Demons? Aku bukanlah seorang rakyat malaysia yang akan sanggup ke panggung wayang semata-mata untuk ketawa tak ingat dunia dan kemudian balaik ke rumah tanpa mengingat apa-apa tentang yang telah aku tonton. Aku suka pada filem-filem seperti The Godfather, Legend of The Fall, American Gangster, Blood Diamond, The da vinci Code, Catch Me If U Can, Forest Gump, I Am Sam, A Beatiful Mind dan filem-filem yang sewaktu dengannya. Filem-filem ini memang bagi orang yang mampu menonton filem-filem yang watak-wataknya berloghat penang, kemudian ade macam unsur-unsur hindustan sikit, teramat bosan pada mereka. Sebab filem-filem yang layak ke oscar ini adalah cerita yang bernas, dan mempunyai moral. Sebagai penonton, kita akan di kerah untuk berfikir dari permulaan filem sehingga lah filem itu sudah pun tamat 3 jam yang lepas.
Filem-filem seperti ini bukan tidak ada di Malaysia, cuma ada sedikit kekurangan. Antaranya, plot yang tidak cukup kuat, penelitian yang lemah, dan berlaku kelambakkan producer-producer yang kaki kaut untung. Jadi macam mana hendak aku perkuat kan diri untuk membazir pada filem-filem tanah air kita. Tengoklah macam mana nanti. Ramai orang cakap kalau tidak puas hati, buatlah filem sendiri. Ya aku akan buat tengoklah. Serius aku tak main-main.